Friday, June 1, 2007

" Muscele Beach " Pantai Klebang.....

Pagi semalam, selepas balik keje malam, pada sebelah paginya, di Melaka, terdapat satu pertandingan " Body Builders ", pertandingan ini bermula seawal pukul 9 pagi.

Ia berlangsung didepan pantai yg indah di Melaka, Iaitu di " Pantai Klebang "
setiap tahun ia diadakan untuk mencungkil bakat2 remaja dan amateur untuk diketengahkan keperingkat kebangsaan, so far pagi tadi terdapat lebih dari sepuluh org menyertainya.

Kesemua peserta hebat2 belaka, mempunyai susuk tubuh badan yg menarik, saya dan sahabat saya Mahadir dan Remy bersama-sama menyaksikan pertandingan tersebut. Walaupun kami hanya dapat menyaksikan pertandingan tersebut hanya sekejap, tetapi kami puas kerana ia berlangsung dengan meriah sekali. Pengunjung yg datang juga ramai juga yg memberikan sokongan.


Sebelum bermula pertandingan.

Apek tgh susah trofi pertandingan.

Para peserta sedang di mekap, dgn sejenis krim Khas sebelum pertandingan bermula.



Setelah di mekap, badan2 peserta kelihatan berkilat dan berwarna coklat.



Pertandingan sedang dijalankan..persaingan sengit...

Remy bergambar dengan kawan nya, salah seorang dari peserta.

Dua org sahabat yg sedia menanti....Mahadir dan Remy.

Posing jap dengan sahabat aku Mahadir.

Ni yg paling best, lepak ngan kuda..dia pun nak masuk dlm blog gak..hehehe

Kalau kerana tidak kesuntuk kan masa, mungkin saya dan rakan2 dapat menyaksikan pertandingan ini sampai ke penamat nya, tetapi kerana asyik fikirkan kerja disebelah malam, kami terpaksa akur dengan masa yg berlalu dengan pantas, kami pulang sekitar jam 10pg.

Mata pun dah mula merah menyala, mengantuk kan, maklum la baru balik kerja malam......

Hari Jadi Baba...

" Selamat Hari Jadi Baba " itu adalah ucapan aku kepada baba seawal pagi tadi, aku bangun awl dan ucapkan selamat pagi dan selamat hari jadi kepadanya. Aku cium dipipi baba aku tanya terima ksih kepadanya, dan memanjatkan syukur kepada tuhan agar baba terus sihat dan dipanjangkan umurnya.

Seperti yg aku katanya dahulu, aku dengan baba memang jarang bersua muka, malah kalau nak berbual pun kadang2 tak ada masa, sibuk sangat, kalau aku running shift sekarang ni lagi susah nak jumpa baba.

Hari ini genap 50 tahun usia baba, aku amat menghormati dia sebagai bapa ku, di seorang yg boleh dikatakan sebagai bapa contoh bagi ku, bagi ku di seorang yg amat serius didalam mendidik anak, setiap tingkah laku dan displin anak amat dititik beratkan baginya.Dari segi makanan dan kewangan bagi ku cukup sejak dia membesarkan ku, dan kini sudah sampai masanya aku menolongnya kembali.

Teringat masa aku berumur 11 tahun, kali pertama aku di hadiahkan sebuah basikal baru oleh nya, ketika itu basikal " Lerun " memang popular diwaktu itu.Harga nya sahaja mencecah rm300, tapi kerana dia tahu aku amat suka kan basikal tersebut, baba sanggup membelinya, walaupun aku tahu ketika itu dia memerlukan wang untuk menjalankan bisness nya.

Ketika aku berumur 17tahun, bapa ku pula membelikan aku sebuah motorsikal " EX5 " yg baru, harga nya ketika itu rm4500, aku memang seronok sekali ketika itu, setelah aku lulus lesen memandu ku, ketika aku pulang kerumah untuk memberitahu baba ku, dia terus membawa ku kekedai motor, untuk membeli motor baru. Aku sungguh gembira, sukar aku untuk membayangkan nya.

Ketika aku belajar di Politeknik, sesekali bila pulang kerumah, aku mencuri-curi memandu kereta bapa ku, walaupun aku tahu dia tahu aku curi2 memandu kereta nya, dia sedikit pun tidak marah pada ku, malah aku disuruh oleh nya untuk mengambil lesen memandu untuk kereta, segala pembayaran untuk lesen memandu, baba ku yg uruskan.

Boleh dikatakan budi dan jasa baba ku sukar untuk aku lupakan, walaupun pernah kami berselisih faham, aku tetap menghormatinya sebagai bapa ku, aku sedikit pun tidak pernah marah pada baba, malah setiap hari sebelum aku tidur dan selepas bangun tidur, aku tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan baba dan mak aku, walau bagaimana lambat sekali pun aku balik kerumah, aku tetap akan pulang kerumah, tidak pernah aku tidak pulang kerumah.

Aku berharap agar baba ku sentiasa sihat dan panjang umur, aku amat sayang kepada baba ku, kalau perlu nyawa ku ditukar ganti, aku sanggup, biar aku pergi aku mati sekali pun, aku tetap akan membiarkan baba sentiasa sihat dan ceria selalu......

Jangan Makan Sardin




Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Wassalam wallahualam

Kredit to Aminuddin Khalid @ Infineon.

Half year review my staff....

Dalam minggu jadual kerja memang ketat gila, sampai masa keje nak keluar makan pun x sempat, kalau kerja shift ptg sekarang ni, memang sibuk sikit, makan pun bila balik kerja sahaja nanti, minggu ni pula sibuk ngan " Half year review " untuk budak2 aku, semua ada 75 org kesemuanya.

Untuk review seseorang staff aku ambil masa 2 minit untuk siapkan, nak masuk kan data dalam paper work dan calculate point dan mcm2 lagi la...sampai semalam aku bawa balik kerumah untuk siapkan, ambil masa sampai pukul 4 pg baru habis kesemua nya. Mengantuk gila..

Pastu minggu ni plak ada BKS, siapkan review pastu baru buat esemen BKS, terkejar-kejar aku kesana kemari, tido pun 2 jam jer...tapi kali ni rasa puas hati, walaupun sibuk dua2 kerja aku beres...walaupun penat....





Siap dengan calculator sekali.

Bro Rick Says....

Walaupun penat dan letih badan ni, saya tetap bangga dan berpuas hati diatas kemampuan dan kerja keras saya sendiri.

How to wash a T-shirt

How to wash a T-shirt
Click here to joint the group




SCROLL DOWN
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Bro Rick Says....

Nak basuh baju bagi pada isteri...heheheheee melampau betul...

suatu msa dulu




Ingat lagi tak dulu, penah kita dikejutkan dgn gambar setan yg kononnya ditangkap di Gua Hira'...masa tu ramai yg percaya kesahihan gambar tu.

nie saya jumpa di satu web

http://www.rense.com/general25/chups.htm

Rupanya selama ni kita kena tipu... dan dipermainkan oleh musuh Islam



Saya dah tahu gambar setan tu 4 tahun lalu tapi saya tak percaya, bukan tak percaya setan tu ada cuma tempat setan dan gambar setan tu. Tempat Nabi-Nabi adalah tempat mulia/suci dan terjaga dari sekelian keburukan dunia, apatah

lagi tidak logik setan bolih berpossing relax kat gua tuh. Satu lagi gambar setan tu langsung tak masuk akal.

Gambar tu dibuat bertujuan menghina Nabi Besar SAW. Konon reflek disebalik gambar tu ialah N.Muhammad bertapa dengan setan (nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya setan. Kekadang gambar di internet dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah. Kita dipesong secara homur tanpa mengetahui motif disebaliknya.

Bila kita bercakap dengan anak-anak kita bahawa junjungan besar berada di Gua Hira’ lantas mereka terbayang gambar setan tu. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran kanak-kanak. Olih itu berhati-hatilah dengan perhatian jiwa halus/suci sebelum percaya sesuatu atau menyebarkan perkara pelik.

The moral of the story..... ramai dikalangan kita ni bila terima email sahaja dah mula mempercayai apa yg kita lihat dan baca ..... kononnya itulah kebenarannya tanpa kita usul periksa dan buat kaji selidik dulu....

Kita perlu sedar kini bahawa terlalu banyak provokasi yg dilakukan terhadap memesongkan aqidah umat Islam dan seharusnya kita berhati-hati bilamana menerima sebarang email yg berunsur kejahilan ini.

Terkadang pun terpedaya jugak dgn emailer dari kwn2.... lah ni baca boleh percaya belum tentu........

Asam Pedas Malaka.

Sejak 2 hari lalu, semasa ditempat kerja, kawan aku Remy, ni asyik cite pasai asam pedas kat
" Bukit Cina " di Melaka, oleh kerana diatas kemahuan hendak sangat makan asam pedas Melaka ni, so aku, Mahadir, Shari dan Remy, plan untuk pergi ke kedai Asam pedas ni.

So kami sampai di kedai makan ni dalam pukul 12 mlm, masih ramai juga org yg sedang makan di kedai ni, bau aroma asam pedas membuatkan kami berempat bertambah lapar.
Sebelum makan kami harus memilih ikan dahulu, ikut kehendak dan keinginan pelanggan.

Asam pedas di sini agak pedas sedikit, kerana ramuan nya yg istimewa membuatkan nya bertambah sedap.

Rick Memilih ikan Cencaru dan kawan2 yg lain suka ikan Pari.

Sotong pun ada juga, tapi kami minta agar di goreng tepung untuknya.

Mahadir tengah menjamu selera.

Asam pedas Ikan Pari.

Remy pun tgh makan, mcm pedas jer tu...

Shari pun tengah syok tu..

Dan yg ini Asam pedas ikan cencaru, aku yg punya.

Bro Rick Says....
Makanan Asam pedas juga merupakan makanan yg popular di Melaka, kalau anda berpeluang dtg ke Melaka, sila berkunjung ke Asam pedas di sini...best.....

Important Information - please read

Frens,

For you info...


A new device has been introduced to the marketplace that is a huge danger to anyone who uses a PC that is not theirs. It is known as a key tracker and it sits between the keyboard and the PC. As can be seen in the pictures it is very discreet but is probably one of the most dangerous items of equipment to personal information that is readily available.

These devices record every key that is pressed on the keyboard. Due to it’s position (it sits between the keyboard and the PC) the information is logged by the tracker before the PC knows about it and as such is very difficult for the PC to detect. They are available in both USB and PS2 formats so pretty much any PC can be logged. The user puts the tracker in line, leaves it there for a set amount of time and then retrieves it. They can then download the data onto their own PC.





If you intend to use a PC that is not yours (ie hotel business centre, internet café, airport etc) I would advise looking at the back of the PC to see if one of these trackers has been placed in line (scrambling under a desk is the better alternative to losing your email details). If you cannot get to see the back of the PC, I would suggest you don’t use it for anything personal. If a tracker is there and you do not notice it, whoever placed it there (could be any user of that PC before you) will be able to recall all of your keystrokes – logins, passwords etc.

These trackers cost less than £30 and they are definitely out there already.

Bro Rick Says....

Suatu input yg baik untuk anda semua...

Air Terjun Buatan...

Hari ni Rick nak paparkan gambar dimana air terjun buatan di Melaka, tempat ni berhampiran dengan lebuh raya Air Keroh Melaka, sewaktu melalui air terjun ni saya mula berfikir sejenak, bagaimana pandangan pelancong apabila dtg ke Melaka nanti, mesti mereka mula berfikir, bagaimana di tepi lebuhraya mempunyai " Air Terjun ??"

Mesti pelik kan, tapi ini adalah diantara tarikan pelancong ke negeri Melaka.


Gambar sewaktu di awal pagi.



Gambar sewaktu petang.

Bro Rick Says....
Suka masa lepak2 kat situ waktu ptg....semasa matahari mula terbenam, terasa sejuk dan nyaman sekali suasana nya.

Sup Ekor...

Semalam masa balik kerja petang, aku dan kawan2 aku, Mahadir, Shari,dan Remy, plan untuk pergi makan sup ekor, di kedai mamak berhampiran di tempat kerja ku, tapi alangkah sedihnya, apabila kami bertanyakan pada kedai mamak tersebut, bahawa sup ekoq nya sudah abis dijual, ialah, waktu tu dah jam 11.45mlm, so mungkin da lewat, tu pasai dah habis, so kempunan la jawap nya nak makan sup ekor.

So kami pesan makanan lain jer lah...untuk aku, aku mintakan roti sardin dan neslo ais, yg lain pun makan roti canai jugak dan cuma si Remy jer yg makan banyak sikit, dia makan Mee maggie kari...sampai jilat2 mangkuk..hehehe, jgn marah Rem....

Lepak2 sampai nak dekat 1 pagi, hari pun nak ujan, so chow cepat ler...tak geti2 lagi....


Remy Sedang asyik menikmati minuman Milo nya..

Mahadir dengan Macho nya, ( Birthday Boy )..hehehee

Shari dengan roti telurnya tengah syok nampak nyer tu....

Dan aku sedang mencari makan....hehehee




Bro Rick Says....
Lepas bayar dan terus balik kerumah, sampai rumah jer..hujan terus turun dengan lebat...nasib baik...

Pak Man Satay....

Semalam semasa balik kerja, rasa mcm nak makan satay jer, sebab dah lama x makan satay, so kalau saya nak pi makan satay pun, selalu nya saya akan lepak kat kedai member yg jual satay di melaka ni, so gerai " Pak Man Satay " memang menjadi kesukaan saya.

Dari segi kuah dan satay nya memang enak dimakan, harga secucuk satay pula 40 sen.
Member saya yg jual satay ni nama nya Dollah, kami dah berkawan sejak tahun 1998 lagi, member rapat juga la kira nya, so semalam saya makan satay 10 cucuk dan ketupat nya, memang lazat dan enak.
Jika anda semua nak tahu, satay yg sedap adalah kerana dari ramuan kuah nya sendiri, kuah satay yg sedap, boleh menjadikan satay yg dimakan itu, menjadi lebih enak dan lazat.

Tapi x boleh makan selalu, sebab byk kolestrol.



" Gerai Pak Man Satay "


Bro Rick Says....
Sesiapa nak makan satay, jom ke sini, rick akan belanja anda semua....

Lepak2 di Bandar Melaka.

Semalam rasa nya dah lama aku x pergi berjalan-jalan di bandar melaka, walaupun org kata melaka ni x lah sehebat di ibu negara, tapi aku tetap suka negeri kelahiran ku ini, org pure melaka kata kan, malah aku juga ada warisan disini, ( Baba & Nyonya ), so aku rasa bertuah bila berada di melaka, rasa selamat disini, tempat menarik dan byk tempat2 sejarahnya, yg terkenal...

So petang semalam aku balik awl kerja, kerja syif pagi, so aku dengan member aku pi la ronda2 melaka, lepak2 jap, lama x jalan2, so aku pergi ketempat minum yg aku selalu pergi, iaitu
Geographer..kedai ini dimiliki oleh org cina, makan tempatan dan barat juga dihidangkan disini,
selalunya pelancong2 yg suka ke kedai ini, makanan nya best dan murah2 juga...

Didepan kedai " Geographer "

Tempat lepak2 didepan kedai.

Dipintu hadapan kedai, dihiasi dengan barangan antik.


Air jus oren dan tembikai pembuka bicara.


Belasah kentang goreng dan sandwich.

so sesiapa yg nak datang ke Melaka, memang di alu-alu kan, jika dtg sila beritahu saya, saya akan membawa anda semua ke tempat menarik disekitar Melaka, Ingat slogan Melaka,
" Melawat Melaka, Bererti Melawat Malaysia "