Friday, June 1, 2007

Asam Pedas Malaka.

Sejak 2 hari lalu, semasa ditempat kerja, kawan aku Remy, ni asyik cite pasai asam pedas kat
" Bukit Cina " di Melaka, oleh kerana diatas kemahuan hendak sangat makan asam pedas Melaka ni, so aku, Mahadir, Shari dan Remy, plan untuk pergi ke kedai Asam pedas ni.

So kami sampai di kedai makan ni dalam pukul 12 mlm, masih ramai juga org yg sedang makan di kedai ni, bau aroma asam pedas membuatkan kami berempat bertambah lapar.
Sebelum makan kami harus memilih ikan dahulu, ikut kehendak dan keinginan pelanggan.

Asam pedas di sini agak pedas sedikit, kerana ramuan nya yg istimewa membuatkan nya bertambah sedap.

Rick Memilih ikan Cencaru dan kawan2 yg lain suka ikan Pari.

Sotong pun ada juga, tapi kami minta agar di goreng tepung untuknya.

Mahadir tengah menjamu selera.

Asam pedas Ikan Pari.

Remy pun tgh makan, mcm pedas jer tu...

Shari pun tengah syok tu..

Dan yg ini Asam pedas ikan cencaru, aku yg punya.

Bro Rick Says....
Makanan Asam pedas juga merupakan makanan yg popular di Melaka, kalau anda berpeluang dtg ke Melaka, sila berkunjung ke Asam pedas di sini...best.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home