Friday, June 1, 2007

Hari Jadi Baba...

" Selamat Hari Jadi Baba " itu adalah ucapan aku kepada baba seawal pagi tadi, aku bangun awl dan ucapkan selamat pagi dan selamat hari jadi kepadanya. Aku cium dipipi baba aku tanya terima ksih kepadanya, dan memanjatkan syukur kepada tuhan agar baba terus sihat dan dipanjangkan umurnya.

Seperti yg aku katanya dahulu, aku dengan baba memang jarang bersua muka, malah kalau nak berbual pun kadang2 tak ada masa, sibuk sangat, kalau aku running shift sekarang ni lagi susah nak jumpa baba.

Hari ini genap 50 tahun usia baba, aku amat menghormati dia sebagai bapa ku, di seorang yg boleh dikatakan sebagai bapa contoh bagi ku, bagi ku di seorang yg amat serius didalam mendidik anak, setiap tingkah laku dan displin anak amat dititik beratkan baginya.Dari segi makanan dan kewangan bagi ku cukup sejak dia membesarkan ku, dan kini sudah sampai masanya aku menolongnya kembali.

Teringat masa aku berumur 11 tahun, kali pertama aku di hadiahkan sebuah basikal baru oleh nya, ketika itu basikal " Lerun " memang popular diwaktu itu.Harga nya sahaja mencecah rm300, tapi kerana dia tahu aku amat suka kan basikal tersebut, baba sanggup membelinya, walaupun aku tahu ketika itu dia memerlukan wang untuk menjalankan bisness nya.

Ketika aku berumur 17tahun, bapa ku pula membelikan aku sebuah motorsikal " EX5 " yg baru, harga nya ketika itu rm4500, aku memang seronok sekali ketika itu, setelah aku lulus lesen memandu ku, ketika aku pulang kerumah untuk memberitahu baba ku, dia terus membawa ku kekedai motor, untuk membeli motor baru. Aku sungguh gembira, sukar aku untuk membayangkan nya.

Ketika aku belajar di Politeknik, sesekali bila pulang kerumah, aku mencuri-curi memandu kereta bapa ku, walaupun aku tahu dia tahu aku curi2 memandu kereta nya, dia sedikit pun tidak marah pada ku, malah aku disuruh oleh nya untuk mengambil lesen memandu untuk kereta, segala pembayaran untuk lesen memandu, baba ku yg uruskan.

Boleh dikatakan budi dan jasa baba ku sukar untuk aku lupakan, walaupun pernah kami berselisih faham, aku tetap menghormatinya sebagai bapa ku, aku sedikit pun tidak pernah marah pada baba, malah setiap hari sebelum aku tidur dan selepas bangun tidur, aku tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan baba dan mak aku, walau bagaimana lambat sekali pun aku balik kerumah, aku tetap akan pulang kerumah, tidak pernah aku tidak pulang kerumah.

Aku berharap agar baba ku sentiasa sihat dan panjang umur, aku amat sayang kepada baba ku, kalau perlu nyawa ku ditukar ganti, aku sanggup, biar aku pergi aku mati sekali pun, aku tetap akan membiarkan baba sentiasa sihat dan ceria selalu......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home