Wednesday, August 8, 2007

Perlihatkan Jilatan Api Berlafal Allah

Jilatan api pipa gas Pertamina di Lapindo yang berbentuk lafal Allah (foto: dok. Samuel Johnson/Timnas Lumpur) Surabaya - Samuel Johnson Sutanto menjepret jilatan api ledakan pipa gas Pertamina di luapan lumpur Lapindo berkali-kali. Dari sekian foto koleksinya, hanya ada satu foto yang memperlihatkan jilatan api itu seperti lafal Allah.

"Saya ada beberapa foto jilatan api itu, tapi yang dinilai mirip lafal Allah, cuma satu," kata Samuel sambil menunjukkan foto-foto jilatan api hasil bidikannya kepada detikcom yang menemuinya di kantor Timnas Lumpur Lapindo, Apartemen Sommerset, Surabaya, Kamis (14/12/2006).

Menurut dia, foto-foto di awal hanya memperlihatkan pijaran api biasa. Kemudian foto-foto sesudahnya juga tidak istimewa. Dia mengambil foto-foto jilatan api pipa gas Pertamina itu dari tol Porong KM 40 di kawasan Desa Besuki, Porong, Sidoarjo. Saat itu, Samuel yang bekerja sebagai pekerja di bagian drainase Timnas Lumpur Lapindo ini sedang memantau pembuangan lumpur di pond 4.

Samuel juga sempat membidikkan kamera digital poket Sony 7,1 Mega Pixel-nya ke arah kawasan Permisan yang berada di sekitar KM 41. Di tempat itu, ada juga bangunan yang memercikkan api. Tapi, hasil jepretan ke jilatan api bangunan tersebut tidak bagus, karena jarak yang terlalu jauh dan suasana yang gelap.

Samuel tidak mempermasalahkan foto yang diabadikannya ini menyebar ke khalayak ramai. Dia juga telah menyerahkan fotonya ini ke Timnas Lumpur Lapindo. "Saya senang bila foto saya bermanfaat bagi orang lain," ujar dia. Samuel juga mengirimkan foto-foto hasil jepretannya yang disimpan di laptop kepada detikcom. (asy/nrl)
Tuesday, August 7, 2007

Thank you BKS....

Salam hormat dan sayang untuk penjana BKS Mr.Ujang & Kak Red, terima kasih diatas kesempatan dan peluang yg diberikan pada saya di BKS untuk bersama-sama memeriahkan dan menjadikan BKS satu batu loncatan bagi saya untuk di kenali dan mengenali sahabat2 bloggers yg lain.




Sejak kemunculan saya didalam dunia blogger ni, bermacam-macam perangai, perasaan, suka duka, dan hati budi manusia dpt sy hayati dan dengari. Diantaranya org nya ialah " Kak Red ".
Saya sendiri dah mengangap seperti kakak saya sendiri. Im so proud with you Kak Red.
Ucapan terima kasih dan salam sayang buat Kak Red kerana sudi memberikan saya peluang kali pertama utk menyertai BKS, sukar untuk saya lupakan dan buang jauh dari benak ingatan saya,
Sesuatu yg amat indah dan kenangan yg menarik untuk BKS. Terima Kasih untuk " The Red Lover ".



Untuk sahabat saya Ujang, you are the best person..., sejak mengenali Ujang saya amat gembira sekali dengan apa yg sy dapat pelajari dari nya, antaranya dengan layout baru untuk blog saya, dan saya dpt tahu serba sedikit dalam dunia berblog ini, saya amat berbesar hati jika Ujang dpt terus membantu saya lagi di masa-masa akan dtg. Untuk Ujang saya amat bangga juga dengan usaha keras anda mengadakan competition ini untuk semua sahabat2 bloggers di luar sana, dengan kerja keras anda dan penat lelah anda, saya berharap semua sahabat blogger di seluruh dunia dpt mengenali antara satu sama lain, Akhir kata untuk Ujang..." Makcik Zainung panggil kamu tu......heheheee..

Bagi diri saya walaupun saya tidak berjaya ke pusingan seterus nya, tetapi saya amat bangga dengan diri saya sendiri, kerana saya percaya bahawa saya adalah satu-satu nya peserta pertama bukan melayu berada di BKS, sesuatu yg amat menarik bagi saya, saya amat bebesar hati, walaupun saya sibuk dengan kerja saya, dengan shift pula tu..saya tetap dapat menyiapkan tugasan BKS dengan masa yg diperuntukkan. Saya memang agak sibuk dengan kerja di akhir2 ini.Untuk berehat dan tidur pun sekadar ala kadar sahaja. Hanya waktu makan dengan sahabat2 saya untuk seketika, kadang2 membuatkan saya gembira dan lupa dengan kerja.

Untuk semua peserta-peserta yg masih lagi bertahan di BKS, saya ucapan tahniah Pada anda semua, anda semua memiliki keunikan masing2 dan daya kreativiti sendiri. Teruskan usaha anda semua, kegigihan dan kecekalan anda membuatkan saya , kagum dgn anda semua. Anda semua adalah yg terbaik...

Saya teringat dengan kata2 pelakon terkenal di Malaysia kini, iaitu Rosyam Noor, dia pernah berkata bahawa, biarlah seseorang itu kalah dan tesingkir, tetapi biar lah keluarnya dan melangkah keluar sebagai seorang yg " Bermaruah ".

Salam sayang untuk UjangMD & Kak Red, dan juga semua sahabat2 blogger yg lain.
Saya tinggalkan anda semua dengan clip video ini, semoga anda semua terhibur.

James Blunt ( Goodbye my lover )



Did I disappoint you or let you down?
Should I be feeling guilty or let the judges frown?
‘Cause I saw the end before we’d begun,
Yes I saw you were blinded and I knew I had won.
So I took what’s mine by eternal right.
Took your soul out into the night.
It may be over but it won’t stop there,
I am here for you if you’d only care.
You touched my heart you touched my soul.
You changed my life and all my goals.
And love is blind and that I knew when,
My heart was blinded by you.
I’ve kissed your lips and held your head.
Shared your dreams and shared your bed.
I know you well, I know your smell.
I’ve been addicted to you.

Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

I am a dreamer but when I wake,
You can’t break my spirit - it’s my dreams you take.
And as you move on, remember me,
Remember us and all we used to be
I’ve seen you cry, I’ve seen you smile.
I’ve watched you sleeping for a while.
I’d be the father of your child.
I’d spend a lifetime with you.
I know your fears and you know mine.
We’ve had our doubts but now we’re fine,
And I love you, I swear that’s true.
I cannot live without you.

Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

And I still hold your hand in mine.
In mine when I’m asleep.
And I will bear my soul in time,
When I’m kneeling at your feet.
Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.
I’m so hollow, baby, I’m so hollow.
I’m so, I’m so, I’m so hollow.


Adios.

Bro Rick.

Friday, June 1, 2007

" Muscele Beach " Pantai Klebang.....

Pagi semalam, selepas balik keje malam, pada sebelah paginya, di Melaka, terdapat satu pertandingan " Body Builders ", pertandingan ini bermula seawal pukul 9 pagi.

Ia berlangsung didepan pantai yg indah di Melaka, Iaitu di " Pantai Klebang "
setiap tahun ia diadakan untuk mencungkil bakat2 remaja dan amateur untuk diketengahkan keperingkat kebangsaan, so far pagi tadi terdapat lebih dari sepuluh org menyertainya.

Kesemua peserta hebat2 belaka, mempunyai susuk tubuh badan yg menarik, saya dan sahabat saya Mahadir dan Remy bersama-sama menyaksikan pertandingan tersebut. Walaupun kami hanya dapat menyaksikan pertandingan tersebut hanya sekejap, tetapi kami puas kerana ia berlangsung dengan meriah sekali. Pengunjung yg datang juga ramai juga yg memberikan sokongan.


Sebelum bermula pertandingan.

Apek tgh susah trofi pertandingan.

Para peserta sedang di mekap, dgn sejenis krim Khas sebelum pertandingan bermula.



Setelah di mekap, badan2 peserta kelihatan berkilat dan berwarna coklat.



Pertandingan sedang dijalankan..persaingan sengit...

Remy bergambar dengan kawan nya, salah seorang dari peserta.

Dua org sahabat yg sedia menanti....Mahadir dan Remy.

Posing jap dengan sahabat aku Mahadir.

Ni yg paling best, lepak ngan kuda..dia pun nak masuk dlm blog gak..hehehe

Kalau kerana tidak kesuntuk kan masa, mungkin saya dan rakan2 dapat menyaksikan pertandingan ini sampai ke penamat nya, tetapi kerana asyik fikirkan kerja disebelah malam, kami terpaksa akur dengan masa yg berlalu dengan pantas, kami pulang sekitar jam 10pg.

Mata pun dah mula merah menyala, mengantuk kan, maklum la baru balik kerja malam......

Hari Jadi Baba...

" Selamat Hari Jadi Baba " itu adalah ucapan aku kepada baba seawal pagi tadi, aku bangun awl dan ucapkan selamat pagi dan selamat hari jadi kepadanya. Aku cium dipipi baba aku tanya terima ksih kepadanya, dan memanjatkan syukur kepada tuhan agar baba terus sihat dan dipanjangkan umurnya.

Seperti yg aku katanya dahulu, aku dengan baba memang jarang bersua muka, malah kalau nak berbual pun kadang2 tak ada masa, sibuk sangat, kalau aku running shift sekarang ni lagi susah nak jumpa baba.

Hari ini genap 50 tahun usia baba, aku amat menghormati dia sebagai bapa ku, di seorang yg boleh dikatakan sebagai bapa contoh bagi ku, bagi ku di seorang yg amat serius didalam mendidik anak, setiap tingkah laku dan displin anak amat dititik beratkan baginya.Dari segi makanan dan kewangan bagi ku cukup sejak dia membesarkan ku, dan kini sudah sampai masanya aku menolongnya kembali.

Teringat masa aku berumur 11 tahun, kali pertama aku di hadiahkan sebuah basikal baru oleh nya, ketika itu basikal " Lerun " memang popular diwaktu itu.Harga nya sahaja mencecah rm300, tapi kerana dia tahu aku amat suka kan basikal tersebut, baba sanggup membelinya, walaupun aku tahu ketika itu dia memerlukan wang untuk menjalankan bisness nya.

Ketika aku berumur 17tahun, bapa ku pula membelikan aku sebuah motorsikal " EX5 " yg baru, harga nya ketika itu rm4500, aku memang seronok sekali ketika itu, setelah aku lulus lesen memandu ku, ketika aku pulang kerumah untuk memberitahu baba ku, dia terus membawa ku kekedai motor, untuk membeli motor baru. Aku sungguh gembira, sukar aku untuk membayangkan nya.

Ketika aku belajar di Politeknik, sesekali bila pulang kerumah, aku mencuri-curi memandu kereta bapa ku, walaupun aku tahu dia tahu aku curi2 memandu kereta nya, dia sedikit pun tidak marah pada ku, malah aku disuruh oleh nya untuk mengambil lesen memandu untuk kereta, segala pembayaran untuk lesen memandu, baba ku yg uruskan.

Boleh dikatakan budi dan jasa baba ku sukar untuk aku lupakan, walaupun pernah kami berselisih faham, aku tetap menghormatinya sebagai bapa ku, aku sedikit pun tidak pernah marah pada baba, malah setiap hari sebelum aku tidur dan selepas bangun tidur, aku tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan baba dan mak aku, walau bagaimana lambat sekali pun aku balik kerumah, aku tetap akan pulang kerumah, tidak pernah aku tidak pulang kerumah.

Aku berharap agar baba ku sentiasa sihat dan panjang umur, aku amat sayang kepada baba ku, kalau perlu nyawa ku ditukar ganti, aku sanggup, biar aku pergi aku mati sekali pun, aku tetap akan membiarkan baba sentiasa sihat dan ceria selalu......

Jangan Makan Sardin




Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Wassalam wallahualam

Kredit to Aminuddin Khalid @ Infineon.

Half year review my staff....

Dalam minggu jadual kerja memang ketat gila, sampai masa keje nak keluar makan pun x sempat, kalau kerja shift ptg sekarang ni, memang sibuk sikit, makan pun bila balik kerja sahaja nanti, minggu ni pula sibuk ngan " Half year review " untuk budak2 aku, semua ada 75 org kesemuanya.

Untuk review seseorang staff aku ambil masa 2 minit untuk siapkan, nak masuk kan data dalam paper work dan calculate point dan mcm2 lagi la...sampai semalam aku bawa balik kerumah untuk siapkan, ambil masa sampai pukul 4 pg baru habis kesemua nya. Mengantuk gila..

Pastu minggu ni plak ada BKS, siapkan review pastu baru buat esemen BKS, terkejar-kejar aku kesana kemari, tido pun 2 jam jer...tapi kali ni rasa puas hati, walaupun sibuk dua2 kerja aku beres...walaupun penat....





Siap dengan calculator sekali.

Bro Rick Says....

Walaupun penat dan letih badan ni, saya tetap bangga dan berpuas hati diatas kemampuan dan kerja keras saya sendiri.

How to wash a T-shirt

How to wash a T-shirt
Click here to joint the group




SCROLL DOWN
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Bro Rick Says....

Nak basuh baju bagi pada isteri...heheheheee melampau betul...